Tuesday, January 19, 2010

BM zaman kini..

Hari ini aku akan cuba mengarang dalam Bahasa Melayu.

Semalam aku tergolek-golek atas katilku, tidak dapat tidur, lalu terlintas dalam fikiranku mana perginya pengetahuan BM yang telah aku pelajari sejak tadika dulu. HAHA Tiba-tiba terasa geli sedikit apabila aku membaca balik ayat diatas.. Telah lama aku tidak bertutur dalam bahasa kebangsaanku.. *malu*

Aku masih ingat lagi kelas tusyen Datuk Ridzuan di mana aku mempelajari 'kaedah potong-potong' yang lalu menyumbang kepada prestasi SPMku, yang agak baik juga. Tapi sebenarnya aku menyangka aku akan dapat A, haih.. yang telah berlalu, biarkan berlalu..

Beberapa bulan lepas, aku jumpa buku karangan lamaku yang terselit dicelah almari. Aku terkejut apabila aku membaca balik karanganku dulu. Betapa baiknya BMku dulu, perkataan yang digunakan begitu canggih, memang awesome sekali. Bukan seperti sekarang, cuma beberapa perenggan sahaja sudah seperti nak mengambil nyawaku, jus otakku hampir kering..

Telah hampir 10 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan. Tapi bagaikan semalam sahaja ianya berlalu. Segalanya masih segar (fresh??) dalam otakku.. Oleh itu, aku rasa standard BMku kini kiranya masih bagus lagi.. kan? ;)

OK, secara kesimpulannya, aku akan menamatkan bicaraku hari ini setakat sini sahaja kerana aku terasa sedikit geli apabilaku membaca balik ayat-ayat diatas... Harap saudara-saudari sekalian tidak akan ketawa kerana aku yakin bahasaku lebih baik dari kamu...

Sekian, terima kasih.

** aku ashamed!!!! :(

9 loves:

Anonymous said...

Itu terpulang ya siapa sebenarnya yang membaca blog anda. Tidak semestinya bahasamu lebih baik. Mungkin yang lebih baik adalah saya?

Jangan perasan seawal ini... *wink*

Hayley said...

Haha, bagus juga BM you..
i pun rasa nak blog macam you la..tunggu ya!

c r y s t said...

anon: Oh, adakah kamu ter-perasan juga? Aku hanya berjenaka..(jk??) Tidak dapatkah kamu terima jenaka begini? har har har?? ;)

hayley: Aku kena memerah jus otakku begitu lama untuk men-translate-kan kesemua perkataan tu.. oh tuhanku... :(

Just. Hangsing said...

Alamak....sekarang semua orang menulis dalam bahasa kebangsaan!!! Apa dah jadi?

Tak apa, tak apa - Kelmarin saya berfikir di dapur apabila mencuci pinggan - jikalau saya masih boleh beerfasih dalam bahasa Iban (Khas untuk orang Sarawak sahaja) Jadi saya pun cuba bercakap dengan diri sendiri - Senyuman terpapar dimuka ku! Saya boleh!!

BM pun saya boleh.....berkerja di luar negara telah mencairkan quality bahasa Melayu saya - Malunya aku! Tapi tak apa...munulis dalam bahasa amat seronok :)

Anggie's Journal said...

Wahai .. cik ... bagusnya bahasa mu yang panjang dikarangankan dalam blog anda ... pasti cikgu anda sangat bangga dengan kecapaian cik ...yang masih fasir dalam bahasa kebangsaan mu.... memang bagus... hahhaha LOL ....

Anonymous said...

Nampak benar kamu semua orang cina berbahasa melayu. Mungkin i salah.. xpe.. apologize sudahlah... tapi memang ketara sgt.

@Cryst: substitute jenaka with bergurau/gurauan will send a more friendlier signal. Jenaka sounds... very official lah.

charles said...

Saudari Cryst,

Tahap bahasa kamu jauh lebih baik daripada Carment! Hehe. Kalau suruh saya tulis dalam bahasa kebangsaan sekarang, memang kena perah pati otak saya secukup cukupnya!Haha.
Syabas Cyrst.

Hui Chuin said...

Cant stop laughing.. :-)

Joanna said...

lawaknyer BM kau tu.....aku ketawa terbahak-bahak sampai nak mati, terutamanya bila terbaca "Datuk Ridzuan and kaedah potong-potong"... Nyaris terlupa segala-galanya and telah memulangkan SEMUA BM saya kepada Datuk Riduan and NOW I AM FROM ENGLAND SO I ONLY SPEAK ENGLISH. lol...